Lahir dan mati. Lahir kembali suatu yang abadi.

Tunggu dan Temankan ibu bapa mu di waktu kematian, seperti di tunggu dan disambutmu sewaktu kelahiran.

Bisikkan 'kepada Allah kami kembali', 
Seperti kau yang bayi diazan kanan dan kiri.

Mandikan mereka dan cucikan seikhlas hati, seperti kau yang bayi dimandikan dengan teliti dan berhati-hati.

Ikatkan kaffan dengan kemas, seperti kau yang bayi dipakaikan pakaian emas.

Bacakan ayat suci dengan tartil satu persatu,
Seperti kau yang kecil kembang telinga mendengar tanggang jadi batu.

Solatkan pemergian dengan hati yang hadir,
Hati itu perlu hadir untuk mengadu bersama air mata yang mengalir.

Pegang mereka dengan rapat
Seperti kau yang bayi didukung erat

Baringkan di liang lahad dengan cermat
Seperti kau yang bayi ditidurkan, dibaringkan, itulah tanda Rahmat.

Ucapkan selamat tinggal pastinya akan bertemu kembali. Berharap dalam kegembiraan di luar tafsiran aqli. 

Itu sahaja doaku pada Tuhan, yang menjadikan segala kejadian. Ku sertakan salawat dan salam, kepada Nabi junjungan umat islam.


Comments

Popular posts from this blog

eh??

Hustle and bustle in Den Haag, Netherlands.