Posts

Showing posts from May, 2015

Lahir dan mati. Lahir kembali suatu yang abadi.

Tunggu dan Temankan ibu bapa mu di waktu kematian, seperti di tunggu dan disambutmu sewaktu kelahiran. Bisikkan 'kepada Allah kami kembali',  Seperti kau yang bayi diazan kanan dan kiri. Mandikan mereka dan cucikan seikhlas hati, seperti kau yang bayi dimandikan dengan teliti dan berhati-hati. Ikatkan kaffan dengan kemas, seperti kau yang bayi dipakaikan pakaian emas. Bacakan ayat suci dengan tartil satu persatu, Seperti kau yang kecil kembang telinga mendengar tanggang jadi batu. Solatkan pemergian dengan hati yang hadir, Hati itu perlu hadir untuk mengadu bersama air mata yang mengalir. Pegang mereka dengan rapat Seperti kau yang bayi didukung erat Baringkan di liang lahad dengan cermat Seperti kau yang bayi ditidurkan, dibaringkan, itulah tanda Rahmat. Ucapkan selamat tinggal pastinya akan bertemu kembali. Berharap dalam kegembiraan di luar tafsiran aqli.  Itu sahaja doaku pada Tuhan, yang menjadikan segala kejadian. Ku sertakan salawat dan salam, kepada Nabi junjungan umat

Wujud , lahir , mati , bangkit.

Berita kematian itu seharusnya menjadi peringatan. Yang sihat belum pasti umurnya panjang. Teringat ungkapan seorang Abdullah, "Jika kita dicipta untuk  dunya, tentu sekali tidak akan ada yang mati."  "Sayangilah sesiapa yang mahu kau sayangi. Sesungguhnya kamu akan berpisah. Hiduplah sebagaimana engkau mahu hidup, sesungguhnya engkau akan mati. Kerjakanlah apa yang mahu dikerjakan. Sesungguhnya setiap kerja dan amal ada ganjaran dan balasan."