Posts

Showing posts from 2015

Lahir dan mati. Lahir kembali suatu yang abadi.

Tunggu dan Temankan ibu bapa mu di waktu kematian, seperti di tunggu dan disambutmu sewaktu kelahiran. Bisikkan 'kepada Allah kami kembali',  Seperti kau yang bayi diazan kanan dan kiri. Mandikan mereka dan cucikan seikhlas hati, seperti kau yang bayi dimandikan dengan teliti dan berhati-hati. Ikatkan kaffan dengan kemas, seperti kau yang bayi dipakaikan pakaian emas. Bacakan ayat suci dengan tartil satu persatu, Seperti kau yang kecil kembang telinga mendengar tanggang jadi batu. Solatkan pemergian dengan hati yang hadir, Hati itu perlu hadir untuk mengadu bersama air mata yang mengalir. Pegang mereka dengan rapat Seperti kau yang bayi didukung erat Baringkan di liang lahad dengan cermat Seperti kau yang bayi ditidurkan, dibaringkan, itulah tanda Rahmat. Ucapkan selamat tinggal pastinya akan bertemu kembali. Berharap dalam kegembiraan di luar tafsiran aqli.  Itu sahaja doaku pada Tuhan, yang menjadikan segala kejadian. Ku sertakan salawat dan salam, kepada Nabi junjungan umat...

Wujud , lahir , mati , bangkit.

Berita kematian itu seharusnya menjadi peringatan. Yang sihat belum pasti umurnya panjang. Teringat ungkapan seorang Abdullah, "Jika kita dicipta untuk  dunya, tentu sekali tidak akan ada yang mati."  "Sayangilah sesiapa yang mahu kau sayangi. Sesungguhnya kamu akan berpisah. Hiduplah sebagaimana engkau mahu hidup, sesungguhnya engkau akan mati. Kerjakanlah apa yang mahu dikerjakan. Sesungguhnya setiap kerja dan amal ada ganjaran dan balasan."

Mencari Tuhan

"Kebelakangan ini aku sering terbangun malam dan baru-baru ini aku terjaga dan lama aku berfikir. Aku tidak pernah sekali berterima kasih kepada si Pencipta atas nyawa yang masih lagi dipinjamkan." - Luahan seorang katolik kepada Abdullah yang berdengkur malam. Tuan/puan ada sedikit masa? Aku boleh tunjukkan ayat Raja segala raja. Kemudian nilai lah sendiri.

Cinta itu seperti Majnun dan Laila.

Cinta itu seperti Majnun dan Laila. Kata Majnun, "Aku berjalan menyelusuri, menyentuh dinding itu dan dinding ini. Bukannya cinta pada dinding ini yang memerangkap jiwa ku tetapi cinta dan rindu terhadap si Dia yang berada di antara dua dinding ini." Pada satu ketika datang seekor anjing liar perlahan-lahan merapati Majnun. Disapu dan dibelai haiwan itu. Ketika manusia-manusia yang melintasi menyaksikan keakraban mereka , mereka mula mencemuh perbuatan itu, Majnun membalas, "Tinggalkan aku! Tinggalkan cemuhan mu! Aku sendiri pernah menyaksikan haiwan ini berlegar di perkarangan Laila maka aku sekarang mencintainya."