Tunggu dan Temankan ibu bapa mu di waktu kematian, seperti di tunggu dan disambutmu sewaktu kelahiran. Bisikkan 'kepada Allah kami kembali', Seperti kau yang bayi diazan kanan dan kiri. Mandikan mereka dan cucikan seikhlas hati, seperti kau yang bayi dimandikan dengan teliti dan berhati-hati. Ikatkan kaffan dengan kemas, seperti kau yang bayi dipakaikan pakaian emas. Bacakan ayat suci dengan tartil satu persatu, Seperti kau yang kecil kembang telinga mendengar tanggang jadi batu. Solatkan pemergian dengan hati yang hadir, Hati itu perlu hadir untuk mengadu bersama air mata yang mengalir. Pegang mereka dengan rapat Seperti kau yang bayi didukung erat Baringkan di liang lahad dengan cermat Seperti kau yang bayi ditidurkan, dibaringkan, itulah tanda Rahmat. Ucapkan selamat tinggal pastinya akan bertemu kembali. Berharap dalam kegembiraan di luar tafsiran aqli. Itu sahaja doaku pada Tuhan, yang menjadikan segala kejadian. Ku sertakan salawat dan salam, kepada Nabi junjungan umat