Posts

Showing posts from October, 2014

Tuhan

Dengan Nama Allah Yang MahaPengasih, MahaPenyayang Segala pujian bagi Allah nan mahaesa Yang mahameliputi semesta semua, Yang liputanNya menyangkal bicara Dan Yang bagiNya tiada suatu pun tara. Mahasuci dan mahamurni Tiada terketika mahu pun terisi; Tiada tercurai sebarang peri Tiada tercapai sebarang budi; Tuhan sarwa alam berganda Yang mengambang hebat di angkasa, Terpamir indah terjelma nyata Dan yang terbunyi sunyi dalam rahasia; Yang empunya arasy yang mahatinggi Pemilik kuasa yang mahakawi, Yang berbuat sekehendak diri Akan segala sesuatu mahamengetahui; Yang menjadikan kejadian semesta Mengadakannya daripada hal tiada Dengan hanya titah sepatah kata Kemudian memulangkannya kepada asalnya; Yang memperlihatkan di alam tabii Aneka tandaNya terlalu sani Dari ufuk berganda ke diri insani Menyatakan wajahNya yang mahaali; Meskipun luhurNya jauh terala Dari segala cita dan rasa dan indera, Namun hampirNya begitu mesra Lebih a